Sunday, January 1, 2012

happy new year!!

happy new year kawan-kawan yang sudi menjengah blok ini!! hee...ade orang ke baca?tak mengapalah..walaupun tiada yang membaca,saya tetap akan mencoretkan lauhan hatiku disini...eceh...dah pun masuk tahun 2012...exam pun lagi 6 hari...rasa macam tak percaya pulak dah nak habis study... :) anyway..wish me luck...wish me grade sem ni...xmo dah ade sem depan..hee.... ok...t nk buat post kenangan 2011..huhuhu....tp tggu abes exam dlu yep!

Friday, December 23, 2011

2 YEARS AGO~~~

23 disember 2009..

Setelah pulang dari menyambut kepulangan ibu dan walid dari haji, aku terus menuju ke Kolej Melati, hari ni bakal bermula journey baru aku sebagai seorang JPK kolej.. (padahal baru pemilihan…haha..). Sesampai di kolej, aku diberitahu oleh JPK DIKE masa tu (Farah Hanis-exJPK aku la tu..), yang tempat aku telah diambil orang..wah…gerangan siapalah itu,menyesal pula tak tinggalkan beg sekali. Aku pindah bilik sebelah, sebab Cuma bilik tu yang ada 1 kosong lagi,kalau tak kena duduk sorang-soranglah aku..lagilah aku tak nak..huhu.. Bangun pagi seawal jam 5,dikejutkan oleh rumate baru  (tak ingat name..Fajar kalau tak silap..). Seawal 6 setengah kami sudah menunggu bas di Dataran Cendikia, tanpa hala tuju aku ikut je rumate baru aku (padan muka,sape suruh tak pergi perjumpaan malam tu..). Sedang tunggu bas, tiba-tiba ada orang beri salam “Salam..awak Alia kan? Kita satu group..” Ehh…padahal pepagi buta tadi rumate baru aku dah cakap aku satu group dengan dia. Tapi takpelah, ramai beno nak jadi group aku, terasa diri famous amous~~ hee.. Tapi aku tetap follow bontot Farah Hanis, borak dengan dia, makan dengan dia..Sombong gila kot aku masa tu.. Bila dah bahagi-bahagi group barulah aku bercakap dengan orang lain (sebab dah tak dapat nak satu group dengan Farah Hanis tu..huhu…). Dan aku tak tahu lah kenapa kuat sangat jodoh aku dengan budak yang tegur aku pagi tadi tu, asyik satu group je dengan dia..dari first game sampai last game.. Tak berpisah, akhirnya bila game dah tamat, masa bebas pun bermula, aku dan dia tiba-tiba je jadi kamching.. Kami pun buatlah wetworld tu macam kami yang punya sendiri..(Walhal ktorg je orang besar yang main dekat situ..haha..). Jodoh kai tak terhenti di situ, untuk program malam dan keesokkan harinya pun, kami masih lagi diletakkan satu group. Cara dia yang tak tahu segan dan berani tuk bercakap ke hadapan tu buat aku duk berkepit je dengan dia.. haha..yelah, aku nak cakap tak berani, so aku follow orang yang berani bercakap lah.. Semenjak itu aku rasa,  memang aku berkepit je dengan dia. Alhamdullilah kami berdua terpilih menjadi JPK Kolej Melati sesi 2009/2010. Aku pegang DIKE dan dia pegang Perhubungan Dalaman.. Bila dah jadi JPK aku mula kenal dia luar dalam. Dia perkenalkan aku kepada Korea, kenalkan aku pada erti kerja keras and perkenalkan aku pada dunia rajin bercakap..haha.. Duduk dengan dia, kalau tak berselisih faham memang tak sah,ada je mende yang nak di argue kan.. Kalau tak argue sesame ktorg pn, ktorg kutuk orang lain..haha..memang kena.. Masa berlalu, dekat mana pun pertengkaran berlaku, rasa tak suka pada sifat dia, mula hadir dalam hati aku. Sesi kutuk mengutuk tu jadi perkara biasa. Talam 2 muka, tikam belakang..semua berlaku secara halus..(hebatkan?) Suatu hari kami main “perli-memperli” masa hari AKC, tanpa disedari dia terasa dengan tingkah-laku kami. Aku mula berasa annoying dengan dia, oleh kerana masa itu dia pulang kerumah untuk celebrate birthday dia dengan family dia, aku tak mintak maaf pun(lagi kejam kn?). Tapi lama kelamaan aku rasa bersalah, bosan pulak tak de dia nak dipermainkan, bosan pulak tak de teman bergaduh.. Bermula dengan 1 sms, kami berbaik semula…. Sehingga tamat JPK kami masih berhubung walau terpisah kolej. Berjoli, berjimba bersama-sama.. Pernah 1 ketika, saat aku pula terasa dengan tindakan dia, kerana tidak berpuas hati aku buat tindakan yang mengguris hati dia. Aku langsung tak jaga hati dan perasaan dia masa tu. Pergaduhan berlarutan..lama..2 bulan kami tidak bertegur sapa, musuh? Tidak..Cuma lepas bergaduh,take time nak berbaik semula.. 2 bulan tak bertegur, tiba-tiba dapat sms ajak keluar.. Dia ajak aku keluar makan dekat tempat yang ktorg teringin sangat nak makan.. At last..rindu jugak dia dekt aku..haha..

Sehingga sekarang, even dia dah kerja, even dia dah jauh dari aku (jauh ke??) kami tetap kamching macam dulu.. nak berjoli ke, nak mengadu ke, semua antara dia dengan aku.. Walaupun usia perkenalan kami baru 2 tahun.. Tapi.. aku menghargainya…………………………………..


 okeh..percayalah..gambar ni diambil aku rasa kitorang tak kenal pun lagi antara 1 sama lain.. :)

time ni baru kenal.. :)
 saya akui..susah beno nak dapat gambar kitorang berdua secara senonoh~~~`


 abaikan gambo plg atas...:p

manusia ini nama dia~~~ NURFARAHANIS AMRAN~~~
 :)

~~~~ Thanks Allah giving me such a wonderful person to be my friend~~~~

Thursday, December 22, 2011

Dugaan~~

IBU....
LAPTOP TQAH ROSAK...
IBU....
TQAH KENA SAMAN...
IBU...
PRINTER PUN BUAT HAL...
IBU...
TQAH TAK DAPAT JAWAB MASA PRESENT SEMALAM...
IBU...
TQH TAKUT EXAM NI SEMINGGU JE...
IBU!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Wednesday, December 21, 2011

:'(

wahhhaa!! lame sangat tak menulis... :) idea banyak tapi malas plus sibuk dengan thesis bagai..almaklum lah...final year student katakan...haaa.... but its to bad..why?hee...saya dapat rasakan saya akan tamatkan pengajian dengan kekurangan memori indah di sini...hahaha.. :p bye!

Wednesday, November 16, 2011

~~just being my self~~

takut,malu penyegan..semua ada pada aku..aku sebenarnye adalah seorang pengecut..takut nak buat sesuatu yang baru,even nak meras kuih pun aku takut..haha...wat da??..sebenarnya aku nak cerita pasal sesuatu yang aku takut..aku..takut nak lakukan kebaikan,sebab pada aku,semua pandang aku ni buruk dan kekurangan,aku takut once aku buat baik,orang gelak,ketawa,mengata...itukan yang aku takut..bukan nya takut pada Allah..heee.....
muhasabah diri Alia...muhasabah diri....!!

Sunday, October 30, 2011

B.E.L.A.J.A.R...

Orang kata..belajar tak pernah habis.... :) but...schooling will end up rite?... it's have been 19 years..maafkan hati kata putus asa...tak tahu kenapa perasaan ni datang saat ketika sudah 19 tahun menempuh pembelajaran di sekolah...Ibu..sebab Ibu Tiqah kekal dekat sini lagi..Sebab Ibu Tiqah masih senyum selepas dimarahi....Tiqah dah putus asa..Maafkan Tiqah ibu.....

Doakan ketahanan diri untuk lagi 3bulan ini....it'll end up soon..... ;'(

Friday, October 7, 2011

Perginya Seorang Sahabat

Sahabat ketika diploma
Mohd RajaieAbd Mutalib
Dia dah pergi.. Tinggalkan kami...
Pemergian kedua dalam Batch 6 Diploma Sains UiTM Jengka...
Dua-dua pergi kerana sakit..
Pergi di usia muda...
Siapa yang sangka...
Lebih kurang setahun selepas Arwah Azam..
Kini Jaie mengikuti jejak langkah Arwah Azam...
Kenapa hati macam tak sampai hati nak sebut Arwah Jaie..
Dia baik..tak berkira,selalu Jaie ajak naik kereta dia...
Masa diploma dulu sewa kereta Jaie untuk angkut kelapa..
Remember..huu..


Ni je gambar yang ada...
Ini pun ambil dari Fb...
Yang lain tak tahu mana hilang...

AL-FATIHAH......... . .  . . . 

Saturday, October 1, 2011

BFF~~

Tadi saya terbaca dekat blog Hanis Zalikha mengenai BFF, membuatkan saya tertanya-tanya "Adakah saya mempunyai BBF?"
:)
 Sudah tentu ada, dikelilingi kawan-kawan yang ohsem sememangnya membanggakan.
:)


Ketika zaman sekolah menengah,saya dikelilingi oleh mereka (atau saya yang mengelilingi mereka..)

 Banyak kenangan bersama mereka. Tapi ramai di antara mereka yang sudah terputus hubungan dengan saya. Ada yang dah kahwin,beranak-pinak, dan juga yang saya tak tahu langsung status mereka, yang pasti mereka semua sudah berjaya menjadi orang yang berguna.. :)


Tak ramai yang saya masih berhubung sehingga kini.. Kalau berjumpa pun setahun sekali pun susah. Hari raya sahaja lah yang menjadi penyebab kami dapat berkumpul dan bersua muka. Hopefully kalau saya kahwin nanti boleh kumpulkan mereka semua.. :)
Walau dimana mereka berada,saya sentiasa mengingati mereka..Tanpa mereka dahulu yang sama-sama menghadap buku dengan saya,mungkin saya tidak berada di tempat sekarang.. :) (bajet berjaya sangat.. :p)


Ketika menjejakkan kaki ke Universiti Teknologi Mara cawangan Jengka yang hanya sekangkang kera dari rumah itu,saya menghadapi banyak cabaran tidak kiralah dalam bersahabat, belajar, menguruskan hidup dan juga bersosial. Namun saya bersyukur, kehadiran mereka yang bergelar "SAHABAT" banyak membuka hati dan minda saya untuk terus mengharungi hidup..






Walaupun ada antaranya tidaklah saya kenali sejak Semester 1 diploma, namun kami bersatu sebagai sahabat yang erat. Antara sahabat yang paling rapat sehingga kini adalah seorang yang saya kenali hanya ketika saya di semester ke 4 diploma. Merekalah sahabat yang paling memahami dan sering memberi nasihat. Jujur saya katakan, susah untuk mendapat sahabat yang boleh terima baik buruk kita, dan sahabat yang ada saat susah senang kita. Bersama mereka yang tidak pernah jemu dengan sifat buruk saya, tidak pernah jemu membantu dan menasihati orang malas ini membuatkan saya sangat merasakan tidak boleh hilang mereka.


 Ketika diploma lah saya mengenali erti persahabatan yang sebenar. Hidup tak semudah yang disangka, adakala kita di atas, adakala kita dibawah, lihatlah siapa yang ada disisi kita pada saat roda sentiasa berputar.

 Wah!!bertambah serius...hehe.. :)

Ketika berpindah ke Shah Alam, hidup kembali kosong pada permulaan semester, kami terpisah kerana masing-masing berlainan course. Tapi tu semua tak lama. Kalau dah nama sahabatkan, setiap saat terpisah mesti rindu.. :)



Masa degree saya mula involve dengan Jawatankuasa Perwakilan Kolej. Tiada seorang pun saya kenali ketika mula melibatkan diri di dalam organisasi ini. Bermula dengan seorang yang pendiam, mula berkenalan, kerap bersama, menjadikan kami sangat rapat. Semua masalah dikongsi bersama.. :)
yang pasti ketika mula masuk JPK hingga penghujung JPK semua berubah..hehe.. :)









 Walaupun kami sudah menamatkan perkhidmatan sebagai JPK, kami tetap berhubung sehingga kini. Ada juga diantara kami sudah menamatkan pelajar dan bekerja. Namun kenangan bersama mereka tetap tidak akan saya lupakan...


NOR' ATIQAH AB RAZAK, MOHD NORKHAIREEZ KHAIRUDIN, ALIP(aku lupe la name penuh die..), NOR FAIZAH RAMAR  HATTA, NURUL AINI AHMAD..


SITI NURAIN MAHMUD(sory xde pic...),AFERA ROZANA SAHHARI(btolkah??),SITI NORLELA MD RAZI, WAN NOR FAZIDA WAN SULAIMAN, AMALIA ROZALLI, SITI HASNA HUSSIN, NURUL NAIEM IBRAMSAH, UMI ATHIRAH ROSADEY , NUR FATHIN HAMIMIE(lupe nama ayah..)..


NOR FARAHANIS AMRAN, NOR ZAHIDAH NAZLAN, TUAN NORFATIHAH TUAN ISMAIL, NORNAJWA SYUHADA HAKIMI, DARMAWATIE MAT NAIM,NOR AINA NASIR,AMIRA PUTRI MOHAMAD, HARYATIE PANGAT...





 I DO LOVE AND MISS YOU GUYS... :)

Thursday, September 29, 2011

semakian K.E.L.I.R.U~~

SERIUS KELIRU!!
makin difikir,makin rasa keliru..saya cuba terima nasihat itu.Telan elok-elok..
Kemudian saya luahkan semula di dalam minda,agar neuron-neuron terus berkerja mencari penghujung yang sesuai..
Aku jadi serba-sala..Yes!!memang..sahabat menjadi salah satu faktor aku menjadi seorang yang bingung memikirkan masa depan yang kurang gemilang ini..Aku juga memikirkan yang aku sudah tiada masa hadapan yang lebih cerah jika aku terus di sini..aku bingung...aku tidak berdaya mencari jawapan yang sesuai dengan kebolehan yang ada...
arh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Monday, September 26, 2011

regrate~~

i will not regrate.....
ble dengar orang cerita...hati cepat terpengaruh...
mulalah rasa merendah diri..
tengok kejayaan orang...
ooowhh...sunggh membuatkan jiwa saya meruntun...
kenapa?pelikkan...
i will not regrate...tat is wat i hav choose~~~
silly...